Monday 10 March 2014

Pengenalan



 

Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda yang terletak di Lot 1717,Kampung Che Bema,Sungai Layar Hujung,Sungai Petani telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 851,600.00. Pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh Ahli – ahli Jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan,swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku Pengerusi telah diputuskan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Rumah anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak – anak Yatim Miskin Sungai Petani. Kini, rumah anak yatim ini dikenali sebagai Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda.

BILANGAN PENGHUNI ASRAMA
  • Kini terdapat 31 orang penghuni asrama  berumur 8 hingga 17 tahun. Kesemuanya penghuni lelaki.
OBJEKTIF PENUBUHAN PERTUBUHAN
  • Mengurus dan menjaga kebajikan anak – anak yatim di Daerah Kuala Muda.
CABARAN PERTUBUHAN
  • ·         Usaha untuk mendapatkan dana sumbangan
  • ·         Mendidik anak – anak yatim ini ke arah kejayaan
KUMPULAN SASARAN
  • Kriteria pemilihan adalah anak – anak yatim dan miskin berumur di antara 7-18 tahun di Daerah Kuala Muda.
  •  
SUMBER KEWANGAN
  • Sumber kewangan diperolehi menerusi derma yang dihulurkan oleh individu dan masyarakat serta sumbangan zakat.


                    

PRASARANA DAN KEMUDAHAN
  • Pejabat
  • Bilik Warden
  • Bilik Pelajar
  • Dewan Makan
  • Bilik Bacaan
  • Surau
  • Stor
  • Stor Makanan